Bekas presiden kelab bola sepak dipenjara selepas serang pengadil

12 Nov 2024 • 9:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Insiden membabitkan Koca (tengah) dan pengadil perlawanan.

MAHKAMAH Turki telah menjatuhkan hukuman penjara kepada bekas presiden sebuah kelab bola sepak negara itu kerana kesalahan menyerang pengadil musim lalu.

Bekas Presiden MKE Ankaragucu, Faruk Koca menumbuk muka pengadil Halil Umut Meler selepas wisel penamat ketika keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Super Lig menentang Caykur Rizespor tahun lepas.

Meler, yang jatuh ke tanah selepas ditumbuk turut disepak dalam situasi huru hara itu selain peminat turut menceroboh padang selepas Rizespor menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir pada 11 Disember 2023.

Insiden itu menyebabkan kemarahan global dan mendorong Persekutuan Bola Sepak Turki menggantung semua perlawanan liga selama beberapa minggu.

Mahkamah di Ankara mensabitkan kesalahan Koca dengan sengaja mencederakan pegawai awam dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun tujuh bulan, lapor Agensi Anadolu yang dikendalikan kerajaan.

Koca, yang meletak jawatan sebagai presiden kelab sejurus selepas kejadian itu, dijangka merayu keputusan itu.

Dia dipenjarakan sebentar tahun lalu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Ankaragucu turut didenda dan dipaksa bermain lima perlawanan di tempat sendiri tanpa peminat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved