Bekas Presiden MIC Samy Vellu meninggal dunia

15 Sep 2022 • 10:17 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

Mendiang berusia 86 tahun.

Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi Bernama.

“Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Vellu) meninggal dunia ketika tidur,” katanya.

Subramaniam berkata upacara pengebumian akan dimaklumkan keluarga mendiang kelak.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved