Bekas Setiausaha Agung FAS meninggal dunia

LocalFootball
9 Aug 2026 • 10:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas Setiausaha Agung FAS meninggal dunia
Rosman menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.36 petang pada usia 63 tahun.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Rosman menghembuskan nafas terakhir pada 5.36 petang pada usia 63 tahun.

"Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” menurut kenyataan itu.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di sebuah surau di Seksyen 13, Shah Alam esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Rosman memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung FAS dari 2013 hingga 2018.

Pada Ogos 2023, Rosman dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM selain pernah menganggotai Jawatankuasa Futsal badan induk bola sepak negara itu.

Jawatan terakhir disandang Allahyarham ialah Pengurus Unit Infrastruktur dan Pengurusan Fasiliti FAM.- Bernamac

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved