Bekas setiausaha politik bekas Ketua Menteri Melaka, isteri direman 5 hari

LocalPolitics
12 Feb 2026 • 9:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas Setiausaha Politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isteri kerana meminta dan menerima rasuah hampir RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 Februari itu dikeluarkan terhadap suspek yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan isteri oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Menurut SPRM, kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan umur 40 an dan 50-an telah ditahan kira-kira jam 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021,'' katanya.

Tambahnya lagi, pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah AKTA SPRM 2009. - 12 Februari, 2026

The post Bekas setiausaha politik bekas Ketua Menteri Melaka, isteri direman 5 hari appeared first on Scoop.