Bekas speaker, enam muka baharu dilantik EXCO

21 Aug 2023 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KLANG, 21 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bekas speaker dan enam muka baharu dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Ng Suee Lim yang menjadi wakil rakyat Sekinchan selama lima penggal digabungkan dengan enam muka baharu termasuk tiga lagi yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN).

Mereka ialah Anfaal Saari (Taman Templer), V Papparaidu (Banting) dan Dr Mohammad Fahmi Ngah (Seri Setia).

Datuk Rizam Ismail (Sungai Air Tawar), Najwan Halimi (Kota Anggerik) dan Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama) pula pertama kali dilantik menyertai MMKN selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat penggal lalu.

EXCO yang berpengalaman penggal lalu dan dikekalkan ialah Ng Sze Han (Kinrara), Ir Izham Hashim (Pandan Indah) dan Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat).

image is not available

Sepuluh ADN itu mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli MMKN di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Ikrar Aku Janji berlangsung di Istana Alam Shah di sini pada jam 2.30 petang.

Mengikut komposisi parti, ahli-ahli MMKN terdiri daripada empat wakil rakyat DAP, tiga (Parti Keadilan Rakyat), dua (Parti Amanah Negara) dan seorang (Barisan Nasional).

Istiadat tersebut diadakan kira-kira seminggu selepas Baginda berangkat pulang dari luar negara bagi menjalani rawatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved