Bekas suami culas nafkah: Tindakan sedang dilakukan - Zulkifli

LocalPolitics
6 Dec 2025 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan meneliti tindakan termasuk menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah. Gambar hiasan
image is not available
Zulkifli

MELAKA - Kerajaan akan terus memantau golongan suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya sedang dan telah dilaksanakan memandangkan ia terkandung di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

"Dalam prosedur ataupun di dalam mahkamah syariah sudah ada peruntukan undang-undangnya.

"Jadi (jika keculasan berlaku) kita ikut peruntukan undang-undang seperti mana yang telah diperuntukkan serta kuat kuasakan," katanya.

**media[3363220]**

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan program Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Peduli: Sehari Bersama Komuniti MADANI di Kampung Paya Redan di sini pada Sabtu.

Antara langkah sedang diusahakan ialah tindakan menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah.

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pelaksanaan langkah itu menerusi perintah Mahkamah Syariah.

"Ini adalah inisiatif yang terbaik membantu mereka yang memerlukan khususnya dari aspek nafkah dan sebagainya," katanya.

Mengulas mengenai program Madani, beliau berkata, usaha memberikan pencerahan kepada rakyat mengenai konsep Malaysia Madani yang dilaksanakan sejak pembentukan kerajaan semasa dan akan terus diperkukuh melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Al-Falah Madani. - Bernama