Bekas Teman Wanita Pemain Bola Sepak Sabah Ditahan

22 Jun 2023 • 12:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pihak polis menerima laporan daripada pemain bola sepak terbabit mengenai perkara itu Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan - Gambar Hiasan

KOTA KINABALU - Polis menahan teman wanita seorang pemain bola sepak Sabah 8 malam tadi kerana dipercayai merosakkan pintu rumah pemain tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada pemain bola sepak terbabit mengenai perkara itu Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved