Bekas tentera tembak kucing jiran didenda RM20,000

22 Jun 2023 • 3:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menembak seekor kucing jirannya dengan senapang angin tahun lepas.

Aziz Tambi, 63, didakwa melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembaknya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah kira-kira 2.30 petang pada 18 Jun 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Peguam Ishak Mohd Kari yang mewakili Aziz bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh pernah berjasa kepada negara dan menerima pingat penghargaan selain tindakan itu diambil kerana telah lama bersabar dengan jirannya.

Hakim Darmafikri Abu Adam kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar denda.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved