Bekas Tunang Anju Rupanya Ada Anak Perempuan, Netizen Puji Cantik – “Muka Photocopy Bapak”

9 Feb 2023 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama bekas tunang kepada pelakon dan pempengaruh Zarina Anjoulie iaitu Dato’ Seri Khazrul Elzey kini sering menjadi bualan hangat netizen.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa usahawan itu merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Pova dan Syareen.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah anak gadis kepada Dato Elzey yang bernama Syareen.

Menerusi laman TikTok, Syareen dikatakan mempunyai wajah cantik seperti orang Thailand dan ada iras-iras bapanya.

Malah, anak gadis itu juga merupakan seorang usahawan berjaya seperti bapanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan anak kepada bekas tunang Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju.

image is not available

Bukan itu sahaja, ramai juga pengguna media sosial terutama golongan lelaki cuba untuk memikat hati gadis itu dengan bertanyakan mengenai bapanya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Netizen Jumpa Video Lama Bekas Tunang Zarina Anjoulie - "Lelaki Tu Dah Kahwin 5 Kali"