Bekas Tunang Zarina Anjoulie Tak Tolak Berjodohan, Zara Zya Beri Respon – “Tidaklah Serius Sampai Tahap Macam Tu..”

Entertainment
10 Feb 2026 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas tunang kepada Zarina Anjoulie, iaitu usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey, menafikan dakwaan bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zara Zya.

image is not available

Advertisement

Menurut Khazrul, hubungan mereka ketika ini masih di peringkat awal dan belum sampai ke tahap bercinta. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan hubungan itu boleh berkembang sekiranya jodoh telah ditentukan dan diizinkan oleh Allah.

Sementara itu, Zara Zya turut tampil menjelaskan bahawa pertemuan mereka sebelum ini hanyalah atas urusan kerja semata-mata. Mengulas mengenai video dan foto yang dikongsi Khazrul sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, Zara menegaskan tiada apa-apa yang serius antara mereka.

image is not available

“Tidaklah serius sampai tahap macam itu. Kami baru kali pertama jumpa dan kenal sebab urusan kerja.”

“Pada hari yang sama saya juga ada bertemu orang lain dan pertemuan itu atas urusan kerja. Mungkin bezanya orang lain tak banyak ambil gambar dan post di media sosial.”

Menurutnya lagi, pertemuan tersebut tidak seharusnya ditafsirkan sebagai petanda hubungan romantik, sebaliknya sekadar pertemuan profesional tanpa sebarang komitmen peribadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-10 13:16:02

"Nasib Muka Ikut Ayah" - Sering Jadi Sasaran, Hafidz Roshdi Pertahan Maruah Anak Dan Isteri Di Media

The post Bekas Tunang Zarina Anjoulie Tak Tolak Berjodohan, Zara Zya Beri Respon – “Tidaklah Serius Sampai Tahap Macam Tu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.