Bekas TYT Sabah Meninggal Dunia, Kibar Bendera Separuh Tiang

LocalPolitics
21 May 2025 • 2:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan negeri memaklumkan bahawa seluruh rakyat di Sabah akan berkabung bagi menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan, Tun Ahmadshah Abdullah, malam tadi.

Sehubungan itu, bendera Sabah diminta agar dikibarkan separuh tiang hari ini sebagai tanda penghormatan terhadap kehilangan Allahyarham Tun Ahmadshah.

Bekas TYT Sabah meninggal dunia

image is not available

Pemakluman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong menerusi kenyataan sekali gus mengesahkan kematian Tun Ahmadshah yang dilapor telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.45 malam tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam, hari Selasa iaitu 20 Mei 2025, bersamaan dengan 23 Zulkaedah 1446 Hijrah.

“Kerajaan Negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu (1) hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut,” kata Safar Untong dalam kenyataan, hari ini.

image is not available

Difahamkan, Allahyarham Tun Ahmadshah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital KPJ Kota Kinabalu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut, Sabah.

Sumber: Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved