Bekas wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan

LocalPolitics
17 Jan 2026 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rex Tan ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu, menurut laporan FMT.

Rex, 31, yang meletakkan jawatan pagi semalam, ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.

Peguamnya, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dengan siasatan difahamkan dikendalikan oleh Bukit Aman.

Wacana awam itu bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” yang menampilkan ahli politik Britain, George Galloway.

Susulan kecaman meluas di media sosial, Rex tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan dengan wacana itu serta mengemukakannya tanpa pertimbangan mencukupi terhadap sensitiviti isu berkenaan.

Rex juga mengakui gagal memenuhi tahap profesionalisme yang diharapkan daripada seorang wartawan dan merayu orang ramai agar tidak menyerang FMT Media serta ahli keluarganya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved