Bekas Wartawan Hiburan Utusan, Rosli Manah Terima Kunjungan Mantan PM, Ismail Sabri 

2 Feb 2023 • 9:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rosli (tiga dari kanan) menerima kunjungan Ismail Sabri (empat dari kanan) di kediamannya di Kajang, semalam. - Gambar ihsan WHAM 

Mantan Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meluangkan masa menyantuni bekas wartawan hiburan tersohor Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, di kediaman beliau, di Kajang, Selangor petang semalam. 

Rosli yang pernah menabur bakti lebih 26 tahun di Kumpulan Utusan (Melayu) Malaysia Berhad, kini diuji masalah kesihatan.

Ismail Sabri telah meluangkan masa hampir sejam berbual dengan Rosli serta isteri, Asma Ghani dan dua anaknya, Aasif Esfan, 26 (anak kedua) dan Daniel Ashman, 18 (anak bongsu) manakala anak sulung Rosli, Dean Ilham, 27 pula tiada di rumah kerana bekerja. 

image is not available
Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira sejam ketika berkunjung ke rumah Rosli, semalam.

Ismail Sabri secara peribadi mengenali Rosli sebagai wartawan hiburan pada tahun 2007.

Hubungan mereka menjadi akrab selepas Rosli banyak membantu karier Gadaffi (Dafi), yang merupakan anak Ismail Sabri dalam bidang hiburan.

Sejak Kumpulan Utusan ditutup pada 2019, Rosli telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup keluarganya. 

Turut mengiringi Ismail Sabri ialah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik beliau, Datuk Ruhaidini Abd Kadir, Setiausaha Akhbar dan Asyraf Afnan Ahmad Murtadza. - Getaran, 2 Februari 2023