Bekas YB Petagas, beberapa yang lain sertai PGRS

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 4:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bekas YB Petagas, beberapa yang lain sertai PGRS

PENAMPANG: Beberapa tokoh politik dan profesional berpengalaman dari kawasan Parlimen Penampang diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas Datuk James Ligunjang menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Mengikut jejak langkah beliau termasuk bekas Timbalan Pengerusi Usno Datuk Edmund Doudilim, Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Tawau Datuk Aloysius Mobijin, Pengerusi Persatuan Veteran Polis Sabah Frederick Francis Fung, bekas Ketua Cabang PKR Albert Doudilim serta barisan profesional yang semua mereka menyerahkan borang kepada Ketua PBRS Bahagian Moyog Datuk Mandela Malakun.

Penyerahan pada Jumaat itu turut disaksikan Ketua PBRS Bahagian Kapayan Datuk Steven Jimbangan.

James berkata keputusan menyertai PGRS bukan perubahan pendirian politiknya sebaliknya satu langkah untuk memformalkan sokongan yang selama ini diberikan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita mahu memastikan wujud satu kesatuan yang kukuh supaya perjuangan politik dapat diterjemahkan kepada khidmat yang lebih berkesan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Ketua Menteri yang juga Presiden PBRS serta Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang menurutnya menunjukkan komitmen terhadap pembangunan Sabah menerusi pelaksanaan pelbagai projek di kawasan bandar dan luar bandar.Menurutnya, perkembangan pembangunan yang dapat dilihat ketika ini menjadi antara faktor yang mendorong beliau dan rakan-rakannya memberikan sokongan lebih jelas kepada PGRS.

“Kepimpinan semasa sudah memberikan khidmat yang baik kepada rakyat. Kemajuan yang dapat dilihat hari ini adalah antara sebab mengapa kami memilih PGRS sebagai wadah politik,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penyertaan kumpulan ini yang disertai ramai tokoh berpengalaman akan memberi nilai tambah kepada PGRS, khususnya dalam memperluas jaringan dan mengukuhkan struktur parti di kawasan Parlimen Penampang.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved