Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar

7 Dec 2023 • 5:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, jumlah pekerja asing sepatutnya tidak boleh melebihi unjuran 2.4 juta individu sehingga tempoh 2025. Gambar kecil: Sivakumar

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Katanya, berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, jumlah pekerja asing sepatutnya tidak boleh melebihi unjuran 2.4 juta individu sehingga tempoh 2025, namun jumlah terkini sudah menjangkau unjuran itu.

Beliau berkata, lambakan pekerja asing itu meliputi jumlah golongan yang sedia ada, pertambahan daripada program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) serta Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

"Sehingga mesyuarat Kabinet yang lepas, memang kita tidak akan buka pemberian kuota baharu untuk sementara waktu...namun bergantung kepada keputusan terbaharu, kita akan maklumkan.

"Bagi tahun hadapan kita tidak tahu lagi (kuota pengambilan pekerja asing) kita kena lihat dalam pelbagai konteks...kita hentikan pengambilan (pekerja asing) dan kita akan lihat balik keperluan ambil warga asing pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program HR Leaders Networking Luncheon di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan jumlah pekerja asing di negara ini seramai 2.7 juta sudah melebihi penduduk Malaysia berketurunan India yang berjumlah dua juta orang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved