
Krisis terbesar dunia masakini adalah krisis keteladanan. Krisis ini jauh lebih dahsyat dari krisis energi (tenaga), air, keselamatan makanan, kemampan lestari alam sekitar, kesehatan, masyarakat dan pengangkutan. Ketiadaan pemimpin yang berwawasan, berketrampilan, dan memiliki integriti yang tinggi maka masalah air, konservasi hutan, pendidikan dan keadilan akan bertambah parah. Akibatnya, semakin hari perbelanjaan kemudahan kesehatan semakin sulit terjangkau dan pendidikan semakin kehilangan nurani belas kasihan dan berakhlak.
Wawasan MADANI bukanlah suatu wawasan baharu, tetapi sudah ada sejak awal Islam, iaitu pada masa Rasulullah SAW dan berkembang pesat dalam lintasan sejarah dengan berbagai kemajuan dan modifikasi. Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim memberi pemaknaan sejagat dan meletakkan landasan filosofikal dan mengajukan perlaksanaannya. Ia dapat difahami adanya suatu visi besar ke depan iaitu kemajuan, keunggulan dan kejayaan Malaysia. Hal ini lebih jelas tersurat dan tersirat pada Visi Perdana Menteri seperti mana yang tertulis dalam SCRIPT for a Better Malaysia, An Empowering Vision and Policy Framework for Action (Institut Darul Ehsan, 2022, page 23) bahawa “Our Vision: To built a sustainable and prosperous Malaysia based on care and compassion, mutual respect, innovation, and trust, where inclusiveness and equality is embrace by the whole nation - ultimately a just Malaysian society.” Visi ini untuk Malaysia adalah lebih dari sekadar Negara Kesejahteraan (a welfare state).
Dalam kaitan inilah Wawasan Malaysia Madani yang digagasi oleh Perdana Menteri adalah untuk Malaysia memiliki relevansi, apresiasi dan obsesi. Istilah MADANI ialah kemaMpanan, KesejAhteraan, Daya cipta dan innovasi, hormAt, KeyakiNan dan Ihsan; terasa dipaksakan, namun makna dari kata-kata tersebut dapat dihahami dengan jelas.
Keenam-enam kata yang menjadi penjelasan konsep MADANI adalah nilai-nilai etika yang berhubungan dengan makna madani dalam bahasa asal iaitu Bahasa Arab. Dalam Bahasa Arab kata “madani” mengandung erti maju, dan kerana ia berhubungan dengan kata “tamaddun” yang sinonim dengan kata Bahasa Inggeris “civilisation” atau dalam Bahasa Melayu “peradaban” maka kata “madani” & “tamaddun” memiliki akar kata “Madinah”. Maka Wawasan Madani dapat difahami sebagai tamaddun/peradaban tinggi.
Maka kesimpulannya ia mudah difahami oleh masyarakat global jika Wawasan Madani dijabarkan ke dalam paradigma etika derivatif berupa nilai-nilai dasar murni sejagat.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
