‘Belajarlah Dari Orang Yang Bukan Kerja Kerajaan’, Isu Panas Tiada Bonus Untuk Raya

13 Apr 2023 • 10:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Abang Jo umum tiada bonus untuk raya, ramai rakyat kecewa

‘Belajarlah Dari Orang Yang Bukan Kerja Kerajaan’, Isu Panas Tiada Bonus Untuk Raya. Baru-baru ini, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan tiada bonus Raya Aidilfitri kepada rakyat, sebaliknya bonus akan diberikan pada penghujung tahun.

Tular di media sosial mengenai isu ‘panas’ mengenai perkara tersebut. Dipercayai pelbagai pandangan dan kritikan yang diujarkan oleh netizen di Sarawak.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: adobestock

Belajar dari sektor swasta yang tidak menerima bonus dari kerajaan

Salah seorang rakyat Sarawak memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya yang mengatakan bahawa penjawat awam harus belajar kehidupan seperti pekerja swasta yang memang tidak menerima bonus kerajaan tetapi tetap menyambut Raya.

“Belajarlah dari orang yang bukan keja kerajaan, takda bonus pun tetap Raya. Hujung tahun takda bonus, anak tetap sekolah,” luah salah seorang pengguna media sosial.

Raya dengan sederhana

Bukan itu sahaja, satu lagi postingan yang viral menyatakan bahawa walaupun tidak menerima bonus, bukan bermakna tidak dapat menikmati Hari Raya Aidilfitri. Malah, individu tersebut memberi nasihat untuk raya dengan bersederhana.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: malaysiakini

“Bersederhana lah, ada orang yang tidak pernah terima bonus dalam hidupnya, bahkan bantuan pun tidak ada, tetapi tetap raya juga. Itu tanda kemenangan kita berpuasa,” kata salah seorang pengguna media sosial menyuarakan pendapatnya.

Banyak tempahan dibatalkan

Sementara itu, ada juga yang membuat perkongsian mengatakan banyak baju raya dan kuih raya yang ditempah dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Abang Jo mengisytiharkan tidak menerima bonus.

Walaupun tidak menerima insentif kerajaan, rata-rata netizen menyarankan agar menikmati dan bergembira semasa perayaan mengikut kemampuan masing-masing bagi meraikan sebulan berpuasa.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan bonus: