Belanda: Kebakaran di kapal pengangkut dengan muatan 3,800 kereta reda

28 Jul 2023 • 7:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

AMSTERDAM: Kebakaran di kapal pengangkut kereta Fremantle Highway yang terletak di luar pantai Belanda telah reda, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Suhu di dalam kapal juga didapati telah menurun, menurut jurucakap pengawal pantai. Kapal pengangkut yang memuatkan kira-kira 3,800 kereta, kini berada pada kedudukan kurang 17 kilometer di utara pulau Terschelling.

Fremantle Highway terbakar pada awal Rabu di luar kepulauan Ameland. Anak kapal telah dipindahkan, tetapi seorang mangsa meninggal dunia ketika proses itu.

Menurut pengawal pantai, operasi memadam kebakaran masih sukar. Sebuah pesawat dijadualkan untuk mengambil gambar dan memeriksa bacaan suhu pada pagi Jumaat.

Terdapat kebimbangan mengenai bencana alam di Laut Wadden jika kapal pengangkut itu tenggelam, terbalik, atau terbelah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sebuah kapal khas untuk membersihkan minyak berat telah diikat terus berdekatan dengan Fremantle Highway. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved