Belanda: Penjawat Awam Dilarang Guna Tiktok Untuk Tugasan Rasmi

23 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar fail AFP

LONDON - Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan “aplikasi yang diluluskan”, bermakna “aplikasi sensitif pengintipan” tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.

“Persoalan yang dibangkitkan di parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada parlimen.

Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran tentang “risiko tinggi pengintipan” daripada negara yang mempunyai program siber yang menyasarkan Belanda dan kepentingannya.

Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kanada dan Belgium serta institusi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengharamkan pemasangan aplikasi itu ekoran kebimbangan terhadap keselamatan data yang mungkin diakses oleh China. - Bernama-Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved