Belanja Agong Dan Permaisuri KFC Di Miri, Netizen Kagum Lihat Perkongsian Lelaki Ini

11 Sep 2023 • 3:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki belanja Agong dan Permaisuri KFC di Miri.

Belanja Agong Dan Permaisuri KFC Di Miri, Netizen Kagum Lihat Perkongsian Lelaki Ini. Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video yang telah membuat netizen berasa kagum apabila seorang kakitangan KFC sempat menghadiahkan mankanan kesukaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu baginda berdua melalui jalan di hadapan restoran makanan segera berkenaan di Niah, Sarawak.

Dalam video berkenaan, @shhezwn telah berkongsi video memaparkan bungkusan KFC yang akan memberikannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya baginda menyerahkan kepada Raja Permaisuri Agong.

image is not available
Belanja Agong Dan Permaisuri KFC Di Miri, Netizen Kagum Lihat Perkongsian Lelaki Ini. Gambar tangkap layar dari TikTok @shhezwn

Agong ucap terima kasih kerana telah belanja KFC

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu merakamkan kakitangan KFC tersebut membelanjakan Agong KFC di mana pemberiannya itu diterima serta diiringi ucapan terima kasih daripada Agong.

Turut berada di dalam video berkenaan adalah rakan sekerja lelaki berkenaan di mana mereka sempat bersalam-salaman dengan Yang di-Pertuan Agong.

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa kagum dengan tindakan lelaki tersebut dan juga sikap Agong yang amat baik sekali sudi menerima hadiah daripada rakyatnya.

Baca komen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @shhezwn

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @shhezwn

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @shhezwn

Baca di sini untuk mengetahui destinasi seterusnya Agong dan Permaisuri: