‘Belanja’ resepi megi goreng, netizen puji Khairul Aming faham ramai tengah puasa

LocalFood
20 Jun 2023 • 10:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sinonim dengan menu-menu mudah sepanjang Ramadan, influencer terkenal, Khairul Aming dilihat kurang aktif di media sosial apabila menjengah ke bulan biasa.

Habis la stok megi dekat kedai harini

Namun, menerusi perkongsian terbaru pemuda tersebut di media sosialnya hari ini, dia telah memuat naik resepi megi goreng yang pastinya akan digemari ramai terutama pengikut setia resepi-resepinya.

Mesti sengaja ni sebab tahu ramai puasa bulan Zulhijah ni

Dia juga telah menggunakan produk sambal yang dijualnya untuk dijadikan pes utama dalam menu mi segera goreng itu.

Ternyata, perkongsian yang dibuat Khairul Aming telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan influencer itu kerana memahami ramai yang sedang berpuasa terutamanya masyarakat Islam yang menjalani ibadah qurban sempena Aidiladha.

image is not available

Boleh masak untuk berbuka nanti

image is not available

Simpan awal2 untuk puasa tahun depan jugak

image is not available

Time orang puasa dia masak2 pulak

image is not available

Untuk rekod, Khairul Aming sememangnya cukup terkenal dengan resepi-resepi mudah yang dikongsikan selama 30 hari sepanjang Ramadan.

Dia yang mengusahakan produk Sambal Nyet kini telah membuka dua buah kilang di Kelantan bagi memproduksi sambal yang sudah terjual beratus botol sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas.

Sumber: Instagram Khairul Aming

 

View Original Article