Belanjawan 2023 – Perkhidmatan Bayar Nanti, Pakai Lekas Akan Dipantau Bagi Melindungi Pengguna

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 5:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semakin banyak perkhidmatan Bayar Nanti, Pakai Lekas (BNPL) di Malaysia. Baru-baru ini sebuah syarikat terkemuka menawarkan perkhidmatan BNPL mereka dengan faedah yang diambil mencecah 18% setahun yang dilihat mungkin mungkin memudaratkan golongan yang tidak menyedarinya kerana kadar faedah bulanan yang dikenakan nampak kecil.

image is not available

Oleh itu Perdana Menteri mengatakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kredit pengguna seperti syarikat pemfaktoran dan BNPL perlu dikawal bagi melindungi hak pengguna. Bagi menjamin layanan yang adil serta melindungi hak rakyat dan perniagaan, Kerajaan akan menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit yang dijangka akan dibentangkan tahun ini.