Belanjawan 2023: Vape dan rokok elektronik dikenakan cukai dan dikawal selia

LocalPolitics
24 Feb 2023 • 4:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX) yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini telah membentangkan Belanjawan 2023 dengan tema Malaysia Madani. Belanjawan kali ini akan menelan lebih banyak belanja, tetapi turut mengutip lebih banyak cukai lebih banyak daripada syarikat dan individu berpendapatan tinggi.

Salah satu perkara yang diumumkan adalah berkenaaan rokok elektronik dan vape. Anwar menerangkan, kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

image is not available

Jelasnya, buat masa ini vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang kerana tiada masih tiada undang-undang berkenaannya. Tetapi ia telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape.

Selain itu, kerajaan yang diterajui PMX juga menyokong ikhtiar Menamatkan Generasi Akhir atau Generational Endgame (GEG) yang dicadangkan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini. Sehubungan itu, separuh daripada hasil duti eksais ini akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.