Belanjawan 2024: Cukai Perkhidmatan naik dari 6% kepada 8%, pengecualian untuk perkhidmatan keperluan utama

LocalPolitics
13 Oct 2023 • 4:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Belanjawan 2024 Malaysia Madani telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim. Sementara ada ura-ura kerajaan mahu memperkenalkan semula GST, ia nampaknya tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Anwar ada menerangkan bahawa kerajaan akan menaikkan kadar cukai sedia ada. Cukai perkhidmatan yang dikenakan pada kadar 6% sekarang, akan dinaikkan kepada 8%.

image is not available

Namun, Anwar menerangkan untuk tidak membebankan rakyat, akan ada pengecualian untuk peningkatan kepada 8% ini. Ia meliputi perkhidmatan keperluan utama, termasuk makanan dan minuman, serta telekomunikasi.

Selain itu, skop perkhidmatan bercukai 8% ini akan diluaskan lagi, meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke.

Anwar juga membentangkan mahu menggubal perundangan baharu, bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5% hingga 10% ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved