Belanjawan 2024: Dana RM596 Juta Untuk Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan Dan Inovasi

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perbentangan belanjawan 2024 turut memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yang dipimpin oleh aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi. Secara keseluruhannya sebanyak RM569 juta telah diperuntukkan untuknya yang dibahagikan kepada beberapa bahagian, termasuklah:

image is not available

  • Sebanyak RM510 juta disediakan sebagai dana R&D di bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi. Ini termasuklah RM50 juta yang dikhususkan sebagai geran padanan untuk universiti awam berkerjasama dengan sektor swasta bertujuan merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi.

image is not available

  • Seterusnya dana sebanyak RM76 juta juga disediakan bagi mempergiatkan ekosistem R&D&C&I (penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi) dengan tumpuan kepada keterjaminan produk baharu.
  • Kemudian sebanyak RM10 juta disediakan juga yang melibatkan teknologi E&E di bawah MIMOS, , sektor angkasa di bawah MYSA dan teknologi dron dan robotik di bawah MRANTI.

image is not available

Bersama-sama dengannya kerajaan turut mengumumkan bahawa Program INNOVATHON akan diteruskan. Hal ini berikutan bertujuan menyemarakkan lagi pendayaciptaan dalam kalangan rakyat, sekaligus melahirkan lebih banyak rakyat tempatan kreatif yang boleh dikomersialkan.