Belanjawan 2024 : Kerajaan Meningkatkan Cukai Perkhidmatan Kepada 8% – Kecuali Untuk Telekomunikasi Dan Beberapa Lain

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 6:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini telah membentangkan Belanjawan 2024, sekaligus memperlihatkan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 kelak. Salah satu perkara yang disentuh adalah berkenaan kadar cukai perkhidmatan, iaitu dari 6% sedia ada, kepada 8%.

Namun, kadar 6% akan dikekalkan untuk beberapa perkhidmatan, termasuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.

image is not available

Dengan langkah ini, Malaysia dijangka akan terus menjana pendapatan tambahan, tetapi pada masa yang sama tidak begitu membebankan pengguna dengan mengawal sesuatu sektor supaya tidak terjejas dengan kenaikkan cukai perkhidmatan ini.