Belanjawan 2024 : Kerajaan Sedia Ganjaran RM500 Untuk Belia 18 Ke 20 Tahun Yang Berjaya Lakukan Aktiviti Kesukarelawanan

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 6:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat peruntukkan ganjaran khusus untuk para belia berusia 18 hingga 20 tahun, melalui kredit e-dompet. Untuk tahun 2024, kerajaan hadir dengan penawaran yang lebih baik.

Dibawah Belanjawan 2024, kerajaan akan sediakan ganjaran RM500 untuk para belia, tetapi mereka perlu berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diikhtiraf oleh kerajaan.

Kerajaan menyasarkan ini akan meningkatkan dan membudaya semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Maklumat lanjut berkenaan program ini dijangka akan dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang.