Belanjawan 2024: Kerian Akan Dibangunkan Sebagai Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Baharu

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 4:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Industri kejuruteraan E&E ( electrical & electronics) tempatan merupakan salah satu industri terbesar di Malaysia, dimana kita dapat melihat syarikat-syarikat seperti Intel, AMD, Texas Instruments, Dyson dan sebagainya mempunyai kilang-kilang dan pusat penyelidikan yang besar di Malaysia.

Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan Kulim Hi-Tech Park dilihat sebagai dua lokasi popular untuk syarikat-syarikat elektronik “membuka kedai” di Malaysia, dan sekarang ia dilihat bahawa kerajaan mahu menambah lagi lokasi-lokasi untuk syarikat berpendapatan tinggi untuk bertapak di Malaysia.

image is not available

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa membina ekosistem lebih luas untuk kluster E&E di wilayah utara, Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara.

Ini bukan sahaja membolehkan syarikat-syarikat sedia ada untuk menambahkan jumlah pusat penyelidikan ataupun pengilangan teknologi-teknologi terbaru mereka, tetapi juga untuk syarikat-syarikat teknologi baru bertapak di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved