Belanjawan 2024 mempercepatkan kemajuan teknologi dengan dasar berwawasan, kata MyIX

Business & Finance
18 Oct 2023 • 5:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 telah merangkumi dasar berwawasan yang akan mempercepatkan kemajuan digital dan teknologi di Malaysia, kata bursa Internet terbesar di negara ini, Malaysia Internet Exchange (MyIX).

Pengerusi MyIX Chiew Kok Hin berkata rangka kerja serta peruntukan strategik yang telah diperuntukkan mencerminkan langkah penting “untuk memastikan Malaysia mengikuti perkembangan pesat teknologi pendigitalan di peringkat global”.

“Inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan lagi pelbagai sektor melalui pelaburan teknologi strategik serta pendigitalan adalah satu langkah ke arah masa depan, daya tahan dan persekitaran ekonomi yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chiew ketika merujuk kepada peruntukan RM1.5 bilion oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk pemula niaga dan pelaburan RM170 juta oleh TNB, Gentari serta Tesla Malaysia dalam penyediaan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) berkata ini adalah langkah penting ke arah menggabungkan kemajuan teknologi dengan amalan kelestarian.

Beliau turut menekankan peranan penting Internet dan platform digital untuk membolehkan selain memantapkan faedah inisiatif ke yang akan memacu teknologi. “Infrastruktur Internet yang boleh diakses, teguh dan selamat adalah asas kepada merealisasikan cita-cita digital yang digariskan dalam belanjawan itu,“ katanya lagi.

Mengenai pendekatan pragmatik terhadap keterangkuman digital dalam pendidikan dan peruntukan tempat kerja sebanyak RM250 juta bagi memperluaskan akses WiFi di universiti awam dan RM100 juta untuk pelajar yang terjejas akibat pandemik, Chiew berkata ini adalah langkah ke arah yang betul.

“Dalam memastikan bahawa komuniti akademik serta orang ramai mempunyai akses saksama kepada sumber digital dan sambungan Internet, adalah terpenting untuk merapatkan jurang digital serta memupuk persekitaran yang kondusif kepada pemerkasaan dan celik digital,” tambahnya.

MyIX akan sentiasa memperkukuh ekosistem Internet Malaysia untuk memastikan ketersambungan yang lancar, selamat serta teguh melalui sambungan Internet yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi di seluruh negara, “ini bermakna syarikat itu meletakkan landasan digital, yang mana perjalanan kemajuan teknologi dan pendigitalan akan bergerak di atasnya.”

Beliau juga menekankan kepentingan komponen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam memacu pendigitalan mampan selain komitmen berterusan MyIX untuk memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi digital negara. - Bernama