Belanjawan 2024: MINDEF terima RM19.7 bilion laksanakan perolehanan LMS Batch 2, helikopter baharu dan kenderaan perisai

13 Oct 2023 • 7:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2024: MINDEF terima RM19.7 bilion laksanakan perolehanan LMS Batch 2, helikopter baharu dan kenderaan perisai

zakisalleh

13/10/2023 - 19:10

KUALA LUMPUR 13 Okt - Program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berjalan sepertimana dirancang apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan sebanyak RM19.7 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu bagi memperkukuhkan pertahanan negara.

Antaranya perolehan 12 helikopter baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

"Perolehan aset-aset utama Tentera Darat seperti 60 kenderaan perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV), 6 Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis.

image is not available
TUDM bakal menerima 12 lagi helikopter baharu sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

"Ini termasuk kerja-kerja memasang pulih 2 aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri lagi, aset-aset perairan juga ditambah antaranya perolehan 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta 9 buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Kerajaan juga akan membina tujuh pos imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak, pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Sabah serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan, Sabah.

"Kerajaan akan wujudkan sebuah agensi tunggal sempadan negara atau single border agency (SBA)," ujarnya.

image is not available
Tarantula merupakan kenderaan HMLTV buatan syarikat tempatan.

image is not available
Belanjawan 2024 menyediakan peruntukan secukupnya untuk menjaga keselamatan negara termasuk di sempadan.

Katanya, sebanyak RM20 juta ringgit turut disediakan untuk menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara.

Sementara Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula diperuntukkan RM19 bilion, juga bertambah RM500 juta ketimbang tahun ini.

Perolehan ini termasuklah bagi menggantikan aset lama dengan 7 buah pesawat kapal terbang twin engine dan 5 buah helikopter ringan Polis Diraja Malaysia (PDRM).- DagangNews.com