Belanjawan 2024: RM30 Juta Untuk Pembangunan Industri e-Sukan

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 6:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan industri permainan video yang semakin popular. Dalam masa sama ia turut menjadi fenomena global sekarang yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

image is not available

Dalam usaha terus mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri e-sukan, dana sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuknya. Ia bagi menggalakkan mana-mana syarikat atau studio permainan video antarabangsa untuk melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital yang juga melibatkan bakat tempatan. Ini secara tidak langsung boleh terus bantu membangunkan e-sukan di Malaysia, dalam masa sama berupaya membuka peluang lebih besar untuk terus berkembang.