Belanjawan 2024: RM600 Juta Akan Digunakan Untuk Membangunkan 3 Depo Bas Dan 150 Bas Elektrik

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Projek LRT3 akan akhirnya menyambungkan kawasan-kawasan Shah Alam dan Klang ke kawasan-kawasan Petaling Jaya seperti Dataran Prima, Damansara Utama, Taman Kayu Ara Indah dan sebagainya dan dijangka akan dibuka sekitar pertengahan 2025 kelak.

image is not available

Untuk menambah dan memudahkan lagi akses kepada stesen-stesen LRT3 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pihak Prasarana juga akan melaburkan sebanyak RM600 juta untuk membangunkan tiga depo bas baru dan untuk membeli 150 buah bas elektrik yang akan ke pelbagai lokasi di sepanjang rel LRT3 ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengesahkan bahawa lima stesen LRT3 yang dibatalkan pembangunannya sebelum ini akan diteruskan, termasuklah stesen-stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Pelaburan ini dilihat akan membantu mereka yang bergantung kepada perkhidmatan awam untuk bergerak kemana-mana untuk lebih mudah lagi mengakses stesen-stesen LRT3 apabila ia dibuka kelak.