Belanjawan 2024: STR ditambah RM2 bilion, kadar minimum naik ke RM500 dan maksimum RM3,700 untuk 9 juta penerima

13 Oct 2023 • 5:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu perkara yang pastinya ditunggu ramai rakyat terutama golongan B40, adalah pemberian bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi tahun 2024, kerajaan Malaysia akan meningkatkan pemberian tunai kepada semua tahap yang layak.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan, STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa di Malaysia. Dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan dan penyasaran semula subsidi, kerajaan meningkatkan peruntukan STR sebanyak RM2 bilion. Dari RM8 bilion, menjadi RM10 bilion.

image is not available

Antara manfaat yang akan diterima rakyat adalah, kadar maksimum STR yang sebelum ini hanya RM3,100, naik kepada RM3,700. Kadar minimum pula iaitu golongan belia bujang, dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Selain itu, Anwar turut memberitahu bahawa bayaran pertama STR 2024 akan dinaikkan dari RM300 kepada RM500 dan disalurkan sebelum tibanya bulan Ramadhan, sekitar bulan Februari.

Untuk semakan dan permohonan baru STR, kerajaan akan membukanya seawal November 2023 dan ia akan dibuka sepanjang tahun. Tiada lagi masa terhad untuk pendaftaran permohonan.