Belanjawan 2025: Dana NFOF Akan Diperkenalkan Untuk Menyokong Pelaburan Modal Teroka Pada Tahun Hadapan

TechnologyDigital
18 Oct 2024 • 5:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa sebuah dana baru yang dinamakan National Fund-of-Funds (NFoF) akan diperkenalkan dibawah Khazanah Nasional Berhad yang akan dibangunkan pada tahun depan dengan dana sebanyak RM1.0 bilion.

NFoF ini akan menyokong pengurus dana modal teroka (venture capitalist) dengan pelaburan dalam syarikat mula niaga dengan RM300 juta bermula tahun 2025. Dalam pada itu, Kumpulan Wang Persaraan juga akan menyediakan RM1.0 bilion untuk menyokong industri yang sama, dengan pelaburan sebanyak RM200 juta ditetapkan untuk tahun hadapan juga.

Cradle Fund juga akan diperuntukkan dengan RM65 juta membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global. Ini juga termasuk geran padanan bernilai RM15 juta sebagai galakan untuk GLC bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved