Belanjawan 2025: Golongan Bujang Dapat Bantuan STR RM600 Bermula April 2025

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 6:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini (18 Oktober), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan berita baik kepada golongan bujang dalam pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Dengan bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, Belanjawan 2025, kumpulan ini akan menerima STR sebanyak RM600.

Pemberian itu akan mula diagihkan bermula April 2025.

“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat,” ujar Anwar.

Untuk info, tahun lalu golongan bujang diberikan RM350 untuk pengagihan STR.