Belanjawan 2025: Kemudahan van sekolah dan tambang percuma semua mahasiswa. Menarik!

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 7:03 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan van untuk pelajar sekolah dengan bayaran 50 sen sehala.

Anwar sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada Jumaat berkata, sebagai permulaan, di bawah inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), stesen yang terlibat adalah stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai dan LRT Melati.

“Kerajaan juga bersetuju memberikan tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY.

“Pas Bulanan My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna Lembah Klang menggunakan bas dan rel Prasarana,” katanya.

Anwar turut menegaskan, kerajaan akan terus pastikan sistem pengangkutan awam yang cekap, berpatutan dan selesa untuk manfaat semua rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved