Belanjawan 2025: Pas My50 Akan Diteruskan Untuk 2025, Infrastruktur Pengangkutan Awam Akan Diperbaiki

TechnologyDigital
18 Oct 2024 • 6:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Salah satu kemudahan yang banyak dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia di Lembah Klang ialah pas bulanan My50 yang membolehkan rakyat Malaysia untuk menggunakan kad pengenalan mereka sebagai sebuah pas untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas RapidKL, perkhidmatan tren LRT, MRT dan Monorail.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa subsidi Pas My50 ini akan diteruskan untuk tahun hadapan, yang dijangka akan memanfaatkan lebih dari 180 ribu pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.

image is not available

Dalam pada itu, perkhidmatan bas henti-henti terus disokong dengan peruntukan lebih RM270 juta dan setiap bandar utama di semua negeri akan dipastikan dapat menerima manfaat ini.

Bukan itu sahaja, RM10 juta juga akan dilaburkan untuk menambahkan capaian di sekitar Lembah Klang dengan menambahkan lorong bas khas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Gombak sepanjang 47 kilometer. 100 hentian bas di Lembah Klang juga akan ditambah-baik, melibatkan kerjasama GLC dan badan swasta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna perkhidmatan bas awam.