Belanjawan 2025 perlihat keterangkuman, keprihatinan kerajaan - Ahmad Zahid

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 7:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid ketika sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2025 memperlihatkan keterangkuman dan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementerian itu diberikan peruntukan tambahan RM457 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.9 bilion, yang terbesar diterima Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah setakat ini.

"Ini memperlihatkan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penduduk desa keseluruhannya ialah 8.1 juta orang dan keterangkuman ini memperlihatkan masyarakat luar bandar tidak diketepikan," katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 yang memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah.

Anwar berkata, kerajaan terus mengekalkan belanjawan mengembang meliputi RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM86 bilion untuk pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. - Bernama

AKAN MENYUSUL