Belanjawan 2025 : Peruntukan RM20 Juta Untuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

TechnologyDigital
18 Oct 2024 • 5:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada hari ini turut mendedahkan bahawa lebih 380 juta ringgit transaksi mencurigakan berjaya disekat dalam membendung jenayah scam di Malaysia. Namun disebalik itu masih masih ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Lanjutan itu, peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) terus diperhebatkan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Selain itu sebuah Portal Fraud Kebangsaan turut telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian. Seterusnya memudahkan pengesanan transaksi mencurikan secara automatik.

image is not available

Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak. Begitu juga dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang diberi tambahan jawatan seramai 100 orang melalui tambahan peruntukan 10 juta ringgit.