Salah satu aspek pekerjaan yang sangat ditekankan oleh para pekerja moden ialah budaya work-life balance ataupun kerja dan kehidupan yang seimbang, yang diantaranya terdiri daripada membenarkan para pekerja memanfaatkan aturan kerja fleksibel ataupun Flexible Working Arrangement (FWA).
Walaupun struktur FWA ini diperkenalkan sejak 1 Januari 2014 ke 31 Disember 2016 dan 1 Julai 2020 ke 31 Disember 2022 oleh Talent Corporation Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa satu kemaskini baru akan diperkenalkanj bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2027.

Untuk membantu golongan pekerja di Malaysia untuk membudayakan keseimbangan kerja dan hidup ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mencadangkan untuk memperkenalkan potongan cukai 50 peratus untuk syarikat ke atas perbelanjaan kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan pengaturan kerja fleksibel seperti bekerja dari rumah.
Bukan itu sahaja, potongah cukai 50 peratus juga akan dicadangkan untuk pemberian kemudahan cuti penjagaan tambahan berbayar oleh majikan sehingga 12 bulan kepada pekerja yang menjaga anak dan juga ahli keluarga yang sakit ataupun memerlukan penjagaan.
Cadangan Talent Corporation Malaysia ialah untuk kos perbelanjaan dan pembangunan kapasiti untuk aturan kerja FWA ini dihadkan sehingga RM500 ribu secara one-off ataupun untuk sekali sahaja dan akan ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia apabila mereka menerima permohonan kelak.

