Belanjawan 2025: Prasarana terima bajet beli 250 bas elektrik

LocalPolitics
21 Oct 2024 • 7:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

PMX Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan yang Prasarana akan membeli 250 bas elektrik pada tahun hadapan. Ia bagi menggerakkan inisiatif kerajaan bagi menjayakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Bas-bas berkenaan akan mula dihantar bemula tahun depan tanpa sebarang butiran lanjut dikongsikan.

image is not available

Buat makluman anda, pengumuman ini adalah kesinambungan daripada pengumuman yang dilakukan sewaktu Belanjawan 2024. Pada ketika itu, kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta kepada entiti itu untuk mendapatkan 150 unit bas elektrik, membina 3 depot bas elektrik untuk menampung pengoperasian LRT 3.

image is not available

Bas-bas elektrik Prasarana dijangka akan menjadi bas pengantara untuk LRT3, menghubungkan kejiranan yang ada disepanjang laluan LRT3 berukuran 37.8km yang katanya akan mula beroperasi dalam bulan Mac 2025.

Prasarana dalam masa yang sama sedang menghijrahkan fleet pengangkutan emreka kepada elektrik. Bermula dengan laluan BRT Sunway yang menjadi sistem BRT elektrik pertama dunia, mereka mensasarkan untuk menukarkan 30% fleet mereka kepada elektrik menjelang 2030 dan 100% elektrik sebelum 2037.

image is not available

Untuk tujuan tersebut, 1,100 bas elektrik dijangkan akan dibawa masuk antara 2025 hingga 2030. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan yang tiada lagi pembelian bas berenjin pembakaran dalaman bemula Mac 2024. Jadi semua bas baharu Prasarana selepas ini adalah daripada jenis hijau.

Selain itu, Prasarana juga sedang giat memasang panel-panel solar pada infrastruktur-infrastruktur milik mereka. Menjelang 2027, panel-panel ini dijangka mampu menjana sehingga 13MW elektrik.

Bacaan berkaitan