Belanjawan 2025: Rebat RM2,400 beli skuter EV MariiCas diteruskan, ini cara mohonnya

LocalPolitics
21 Oct 2024 • 6:56 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita baik buat yang sedang berkira-kira untuk dapatkan skuter elektrik. PMX Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan pelanjutan program MariiCas. Untuk tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta untuk tujuan tersebut dan ia akan memanfaatkan sekitar 4,000 pembelian skuter elektrik.

Langkah memohon MARiiCas

Skim Galakkan Penggunaan Motosikal ELektrik (MARiiCas) adalah skim rebat yang telah diumumkan kerajaan Madani untuk memacu pembelian skuter elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia telah diperkenalkan sewaktu Belanjawan 2025 tempoh hari.

image is not available

image is not available

Setelah berjaya mewujudkan akaun, anda boleh log masuk ke portal MARiiCas dan mulakan proses pendaftaran. Seksyen pertama yang perlu anda isi adalah maklumat peribadi termasuklah anggaran pendapatan tahunan.

image is not available

Seksyen yang kedua adalah memuat naik dokumen sokongan. Bergantung kepada kategori, anda mungkin perlu muat naik dokumen yang berbeza. Dua lagi dokumen tambahan yang perlu anda muat naik

image is not available

image is not available

Agak memelikkan apabila kerajaan memohon pembayaran RM10.00 untuk mendaftar insiatif kelolaan mereka. Tapi itulah dia, anda perlu bayar amaun yang diminta.

image is not available

Terima kod QR dan bawanya ke penjual motosikal EV untuk selesai pembelian. Kod QR adalah sah untuk tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Pemohon hendaklah membuat tempahan motosikal dalam tempoh tersebut.

image is not available

Sekiranya tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah memohon semula sebagai permohonan baru di dalam sistem. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tarikh tamat tempoh kod QR.

Bacaan berkaitan