Capaian internet di Malaysia masih belum boleh dikatakan sempurna disebabkan pelbagai faktor kos. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan memberikan dana RM220 juta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan kualiti pelbagai

Dana RM120 juta adalah untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA. Sementara itu baki RM100 juta pula disediakan oleh SKMM untuk tempoh 5 tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.


