
Belanjawan 2026: Ini Senarai Lengkap 38 Sekolah Baharu Bakal Dibina
Sektor pendidikan negara terus menjadi keutamaan kerajaan apabila menjadi penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pendidikan akan menerima peruntukan sebanyak RM66.2 bilion tahun hadapan, meningkat daripada RM64.2 bilion tahun ini.
Kerajaan MADANI terus meletakkan pendidikan sebagai tonggak utama pembinaan masa depan negara dengan memperkukuh sistem pengilmuan dan prasarana sekolah.
Senarai 38 sekolah baharu akan dibina
Beliau menjelaskan, Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) telah meletakkan asas reformasi pendidikan bagi memastikan sistem pengilmuan lebih menyeluruh dan tangkas menanggapi tuntutan masa depan.
Menggunakan dana yang bakal disalurkan, pembinaan sekolah baharu ini meliputi pelbagai peringkat termasuk sekolah rendah, menengah, kompleks sekolah serta institusi pendidikan khas.
Sebanyak 38 sekolah baharu akan mula dibina pada tahun hadapan melibatkan
• SK Taman Perling 4, Johor Bahru, Johor
• SK Bukit Siput, Segamat, Johor
• SK Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor
• SK Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan
• SK Desa Damai Bentong, Pahang
• SK Sri Apas Jaya, Tawau, Sabah
• SK Sabandar, Tuaran, Sabah
• SK Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah
• SK Sri Sadong, Serian, Sarawak
• SK Alam Suria, Kuala Selangor, Selangor
• SK Puchong Permai, Puchong, Selangor
• SK Taman Desa (3), Rawang, Selangor
• SMK Taman Aspira, Johor Bahru, Johor
• SMK Laman Estuari, Johor Bahru, Johor
• SMK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, Johor
• SMK Bandar Putra 3, Kulai, Johor
• SMK Cahaya Masai, Johor Bahru, Johor
• SMK Taman Cendana, Johor Bahru, Johor
• Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa, Johor Bahru, Johor
• SMK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah
• Kompleks Sekolah Batu Berendam, Melaka
• SMK Rumbia, Melaka
• Kompleks Sekolah Anjung Gapam, Jasin, Melaka
• Kompleks Sekolah Desa Casuarina, Negeri Sembilan
• SMK Juru, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
• SMK Desa Wira, Padawan, Sarawak
• SMK Eco Grandeur, Kuala Selangor, Selangor
• SMK Kota Kemuning (2), Shah Alam, Selangor
• SMK Cyberjaya (2), Sepang, Selangor
• SMK Bukit Puchong, Sepang, Selangor
• SMK Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor
• SMK Setia Alam (2), Shah Alam, Selangor
• Kompleks Sekolah Bukit Jalil, Kuala Lumpur
• SMK Intan Baiduri, Kuala Lumpur
• SMK Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya
• Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 6(1), Putrajaya
• SK Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor
• SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan
Kerajaan perluas bantuan am persekolahan kepada murid miskin sehingga Tingkatan 5
Sementara itu, Bernama melaporkan Kerajaan bersetuju memperluaskan Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan RM180 juta.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa ini, bantuan tersebut hanya diberikan kepada murid miskin sehingga tingkatan tiga.
“Semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan pula akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta.
“Mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ di Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau berkata 150,000 murid Orang Kurang Upaya (OKU) akan menerima elaun RM150 sebulan dengan peruntukan RM270 juta serta RM30 juta diperuntukkan bagi menambah baik kemudahan dan peralatan sekolah supaya mesra OKU.
Bagi menangani isu keciciran pendidikan, katanya, Program Anak Kita dengan kerjasama Yayasan Hasanah juga dilaksanakan dengan peruntukan RM30 juta.
The post Belanjawan 2026: Ini Senarai Lengkap 38 Sekolah Baharu Bakal Dibina appeared first on Siakap Keli.

