Belanjawan 2026 : Kerajaan Memperkasa Bidang Aeronautik Melalui UniMAP Dan UTHM

LocalTechnology
10 Oct 2025 • 5:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bidang aeronautik turut mendapat perhatian pada Belanjawan 2026 kali ini, dimana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk bidang ini. Untuk makluman, bidang aeronautik memfokuskan kepada kajian-kajian tentang aspek-aspek penerbangan.

Menyentuh secara ringkas mengenainya, ia dikongsikan UTHM merupakan universiti pertama di ASEAN yang mempunyai lapangan terbang tersendiri dalam menyokong industri penerbangan maritim dan juga melahirkan juruterbang amfibia tempatan.

Tidak setakat itu, UniMAP turut akan membangunkan Air Space Sandbox di Sungai Batu Pahat, Perlis. Ia akan menjadi kemudahan pertama negara dalam menguji penerbangan altitud rendah. Arena ini dilihat sangat berpotensi, terutamanya dalam sektor logistik, pemetaan, pertanian pintar dan juga keselamatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved