Belanjawan 2026: RM21.74 bilion pacu kekuatan ATM, perkukuh kesiapsiagaan & pertahanan negara

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 9:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyambut baik Belanjawan 2026 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebanyak RM21.74 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara.

Daripada jumlah itu, RM14.11 bilion diperuntukkan bagi Peruntukan Mengurus manakala RM7.63 bilion bagi Peruntukan Pembangunan.

image is not available

RM21.74 bilion pacu kekuatan ATM

Peruntukan ini meningkat kira-kira 2.92 peratus berbanding RM21.13 bilion yang diterima pada tahun lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar berkata, peruntukan itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan Angkatan Masa Hadapan serta menjaga kebajikan warga pertahanan.

“ATM akan melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dengan menumpukan kepada jointness bertepatan dengan usaha mendukung Angkatan Masa Hadapan, selain memperkukuh keupayaan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

image is not available

Beliau berkata, aspek kebajikan anggota akan terus diberi keutamaan bagi mengekalkan moral dan kelestarian warga ATM, sekali gus menyuntik semangat mempertingkat kesiapsiagaan demi kedaulatan negara.

Malah, turut komited memastikan hasrat kerajaan di bawah Belanjawan MADANI 2026 mencapai sasarannya termasuk memperkukuh keselamatan persempadanan negara, meningkatkan hubungan pertahanan antarabangsa dan memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara.