Belanjawan 2027: Bantuan pelajar miskin diberikan tumpuan

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 5:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Bantuan pelajar miskin diberikan tumpuan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Belanjawan 2027 akan merangkumi langkah menangani masalah pelajar universiti yang berdepan dengan kekangan kewangan.

Anwar berkata, beliau mendengar keluhan dan permintaan belia termasuk berkaitan kos pendidikan serta keperluan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Namun beliau memohon golongan itu bersabar sambil memberi jaminan kerajaan mendengar suara mereka yang terpaksa mengikat perut ketika menimba ilmu di menara gading

“Ada pelajar universiti yang berkata, ‘kami mahu belajar, tetapi kami lapar.’ Kita sedang memberikan tumpuan kepada perkara itu. Saya akan mengumumkannya semasa Belanjawan kelak.

“Ada pelajar miskin yang tidak mampu dan terpaksa menanggung hutang. Ini adalah perkara-perkara yang perlu kita dengar dan tangani,” katanya semasa berucap pada Forum Ekonomi Belia Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN

The post Belanjawan 2027: Bantuan pelajar miskin diberikan tumpuan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved