
SHAH ALAM, 5 OKT: Pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat ini diawalkan ke jam 3.30 petang.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor berkata perubahan waktu itu sudah dimaklumkan kepada semua Ahli Parlimen.
Menurutnya, surat pemakluman berhubung perubahan masa pembentangan berkenaan turut diedarkan kepada semua wakil rakyat.
“Antara urusan penting yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027, yang mana pembentangan bacaan kedua diawalkan ke jam 3.30 petang hari Jumaat ini.
“Sehubungan itu, bagi kemudahan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam, solat Jumaat akan diadakan dalam Parlimen Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Berita Harian.






