Belanjawan 2027 fokus kurangkan kos sara hidup rakyat

LocalBusiness & Finance
10 Oct 2026 • 7:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027 fokus kurangkan kos sara hidup rakyat

KUALA LUMPUR – Usaha mengurangkan kos sara hidup menjadi antara tumpuan utama Belanjawan 2027 menerusi bantuan kepada rakyat dan langkah mengurangkan beban cukai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, berdasarkan pengumuman yang dibuat di Dewan Rakyat, kerajaan mengambil pendekatan membantu rakyat menangani tekanan perbelanjaan harian melalui beberapa mekanisme.

Menurutnya, antara pendekatan itu termasuk meningkatkan bantuan bagi membantu rakyat membeli barangan keperluan, selain menyediakan pelarasan cukai untuk golongan pekerja yang membayar cukai pendapatan.

“Daripada pengumuman yang saya dengar, banyak tumpuan diberikan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup.

“Pertama, kerajaan menambah pemberian kepada rakyat untuk membeli barangan keperluan. Kedua, sebahagian golongan yang membayar cukai tetapi makan gaji turut mendapat manfaat melalui potongan dan pengurangan cukai,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pengurangan cukai itu mungkin tidak besar bagi sesetengah golongan, pelarasan berkenaan tetap memberi kesan kepada jumlah cukai yang perlu dibayar.

Dalam pada itu, Johari berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana turut menerima manfaat menerusi langkah pengurangan cukai ke atas keuntungan perniagaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, butiran lanjut mengenai had pendapatan dan mekanisme pelaksanaan insentif berkenaan perlu diteliti terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas secara umum langkah-langkah yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan kerajaan, semalam. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027 fokus kurangkan kos sara hidup rakyat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved