Belanjawan 2027: Ini Senarai Inisiatif Yang Bakal Dinikmati Pelajar, Anak Muda & Belia

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (9 Oktober), Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027 mengumumkan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM459.8 bilion bagi belanjawan tahun hadapan, yakni meningkat sebanyak RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya (2026).

Di bawah kami kongsikan antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri untuk golongan pelajar, anak muda dan belia:

#1 Peminjam PTPTN Berpendapatan Bawah RM2,500 Diberi Penangguhan Bayaran Balik

Buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik buat peminjam berpendapatan atau bergaji sehingga RM2,500 sebulan pada tahun 2027.

Jelas beliau, PTPTN merupakan penyelamat anak bangsa yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke menara gading.

Menurut Anwar lagi, bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

“Langkah ini akan memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN.

“Kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberi diskaun sebanyak 10%”

#2 Belia Buat Kerja Sukarela Dapat e-dompet RM100

Berita baik buat anak muda yang aktif menyertai aktiviti sukarelawan membantu golongan masyarakat, kerajaan akan menawarkan insentif e-wallet sebanyak RM100 menerusi Program Budi Belia yang diperkenalkan ketika pembentangan Belanjawan 2027.

Jelas Anwar, insentif itu diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Inisiatif tersebut bertujuan memupuk nilai ihsan dalam kalangan generasi muda supaya semangat membantu masyarakat terus menjadi amalan tanpa mengira latar belakang bangsa.

#3 Pelajar Form 6 Terima Elaun Sara Hidup RM2,500

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup kepada pelajar tingkatan enam berjumlah RM2,500.

Kadar ini adalah sama seperti kadar yang ditawarkan buat pelajar matrikulasi. Elaun sara hidup itu akan memanfaatkan 90,000 pelajar tingkatan enam.

#4 Murid Terima Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM200

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid.

Anwar sewaktu pembentangan Belanjawan 2027 berkata, keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

Seramai 5.3 juta murid layak menerima BAP dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak,” kata PMX.

#5 Kerajaan Sasar 30,000 Peluang Pekerjaan Baharu Kepada Belia

Menerusi Program Bakat MADANI, kerajaan menyasarkan 25,000 peluang pekerjaan berkualiti kepada golongan belia pada 2027.

Pada masa sama, kerajaan turut menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan baharu termasuk melalui pembabitan syarikat swasta pada tahun hadapan.

Jelas PM, Bakat Madani dilancarkan hasil komitmen enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam pada itu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) rentas kementerian akan menerima peruntukan berjumlah RM8 bilion ringgit.

Image from: Belanjawan 2027: Ini Senarai Inisiatif Yang Bakal Dinikmati Pelajar, Anak Muda & Belia
Foto: Malay Mail

#6 Elaun Murid Pendidikan Khas & Autistik Naik Kepada RM200

Seterusnya, Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas bakal dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan.

Jelas Anwar, kenaikan RM50 itu bakal memanfaatkan 150,000 murid pendidikan khas, termasuk kanak-kanak autistik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved